Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang merupakan medium dana pencen Malaysia kini dalam rundingan untuk melabur sekitar $15 juta dalam Fasset – iaitu bank digital Islam yang berpangkalan di Dubai.
Mengikut laporan Malay Mail, pertimbangan ini dilihat beriringan dengan tindakan Fasset yang kelak akan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur dan merancang mewujudkan hab kecemerlangan aset digital Islam di Malaysia.
Sekiranya ia benar direalisasikan maka usaha ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia selaku peneraju dalam hab kewangan Islam global.
Buat pengetahuan umum, ketika ini KWAP berperanan menguruskan simpanan persaraan penjawat awam, dengan aset di bawah pengurusan sebanyak RM185.6 bilion.