Artikel

BNM Denda HSBC RM3.26 Juta, Maybank Islamic RM1.2 Juta – Kesan Menyalahi Akta Khidmat Wang

Dalam tempoh Februari sehingga Mac tahun ini memperlihatkan terdapat sebilangan perbankan di Malaysia telah dikenakan penalti oleh Bank Negara Malaysia (BNM) susulan ketidakpatuhan syarikat berhubung perkhidmatan ke atas pengguna. Tindakan denda ini antaranya melibatkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Maybank Islamic dan HSBC. 

Menurut makluman BNM hari ini, pengenaan denda ini adalah berkadar antara puluhan ribu sehingga nilai juta.

Sebagai perincian BPMB telah dikenakan denda pentadbiran (AMP) dengan jumlah RM493,500 berikutan tidak patuhi keperluan berkaitan pelanggan dan keperluan saringan sekatan perkhidmatan. Sementara Maybank Islamic dikenakan denda RM1.2 juta susulan tidak patuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Sementara HSBC dan HSBC Amanah Malaysia pula dikenakan denda RM3.26 juta kesan tidak mematuhi monetari pentadbiran.

Kesemua bank ini telahpun melunaskan jumlah denda mereka dan dimaklumkan telah menyelaras kembali pendekatan perkhidmatan selari dengan peraturan yang digariskan oleh BNM.