Artikel

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli Umum Letak Jawatan – Berkuat Kuasa 17 Jun Ini

Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli kini memaklumkan telahpun menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkuat kuasa 17 Jun ini.

Tindakan ini berikutan kehilangan statusnya selaku Timbalan Presiden pada pemilihan PKR baru-baru ini. Kehilangan mandat tersebut dilihat sebagai simbolik kepada tanggungjawab yang dipikul selama ini.

Biarpun mengambil tindakan untuk menarik diri dalam arena kepimpinan negara, Rafizi memiliki harapan agar sebarang insiatif ekonomi seperti RMK13 dan usaha reformasi yang telah dibentuk kekal diteruskan oleh pentadbiran semasa negara.