Setelah menarik hak Universiti Harvard berhubung pengambilan pelajar antarabangsa pada minggu lalu. Kini Amerika Syarikat (AS) meneruskan langkah agresif mereka dengan menggantungkan semua sesi temubual pelajar yang ingin memohon visa bagi menyambung penggajian di AS.
Tindakan pentadbiran Donald Trump ini sekaligus memberi kesan ke atas kumpulan pemohon visa melibatkan kategori F, M dan J. Kumpulan ini untuk makluman adalah pemohon visa kalangan pelajar dan peserta pertukaran ke AS.
Lebih merumitkan, pentadbiran turut akan menyemak akaun media sosial kumpulan pelajar yang memohon visa berkenaan. Penelitian kandungan itu sekaligus akan menentukan status kelulusan permohonan visa buat kumpulan pelajar antarabangsa.
Seperti yang umum ketahui, tidak sekadar pelajar antarabangsa baharu sahaja yang terkesan tetapi pelajar antarabangsa sedia ada di Universiti Harvard turut berdepan tekanan penafian hak pengajian mereka susulan perlu berpindah ke institusi lain sekiranya ingin memastikan pas pelajar mereka ekal aktif.