Hasil tindak balas yang membrangsangkan tahun lalu – GXBank kini kembali semula dengan permohonan baharu dana Impian Gigih Biasiswa 2.0 buat semua kumpulan pelajar bagi menyokong dan meringankan bebanan kos pengajian mereka khususnya buat kumpulan dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
Adanya akses ini ia tidak sekadar meningkatkan akses tunai kumpulan pelajar tetapi turut kumpulan penjaga mengatasi isu peningkatan kos pengajian diploma serta ijazah yang semakin meningkat pada pasaran semasa.
Maka bagi kumpulan pelajar yang berminat boleh merujuk pada kriteria kelayakan di bawah:
-
Hanya terbuka kepada mereka yang memohon sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana universiti awam Malaysia
-
Warganegara Malaysia berumur 22 tahun dan ke bawah pada tahun permohonan
-
Pendapatan kasar isi rumah bulanan RM8,000 dan ke bawah
-
Penerima tidak boleh menerima biasiswa/tajaan/perjanjian ikatan daripada penaja lain sepanjang tempoh pengajian
-
Keputusan: CGPA 3.3 dan ke atas dalam STPM/Diploma/A-Level/Matrikulasi/Asasi atau setaraf
-
Telah mendapat tempat di universiti awam Malaysia
-
Perlu kemuka Surat Sokongan (300-500 perkataan) yang memperincikan aspirasi mereka pada komuniti dan perubahan setelah tamat pengajian kelak
Tarikh tutup permohonan ini jelas GXBank adalah pada 6 Julai 2025. Maka menerusi penjelasan sebarang tindakan lanjut boleh rujuk pada laman GXBank untuk perincian seterusnya.