Seramai 160 pelajar akan menjadi perintis sertai Program Pendidikan Tingkatan Enam di dua universiti awam (UA) iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bermula 10 Jun ini.
Berdasarkan penyertaan tersebut, penglibatan ini akan melibatkan 100 pelajar di UKM sementara 60 pelajar lagi di USM – di mana penawaran bidang pengajian adalah meliputi aliran Sains dan Sains Sosial.
Adanya program ini ia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bertujuan menambahbaik kualiti pendidikan dan imej institusi Tingkatan Enam sebagaimana hab matrikulasi serta pusat asasi yang dilihat menjadi laluan utama ke pendidikan Ijazah.
Jelas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), program ini akan diteliti untuk tempoh pertama prestasi sebelum diperluaskan ke universiti awam yang lain.