Malaysia, Singapura dan Vietnam hari ini menempa sejarah apabila mencapai kesepakatan menerusi Perjanjian Pembangunan Bersama untuk meneroka potensi eksport tenaga elektrik boleh diperbaharui dari sumber tenaga angin luar pesisir pada ketiga negara.
Buat pengetahuan umum kesepakatan ini dicapai oleh MY Energy Consortium (TNB-Petronas) dari Malaysia, bersama PTSC (anak syarikat PetroVietnam) dan Sembcorp Utilities dari Singapura.
Di mana projek ini akan tertumpu untuk memanfaatkan sumber tenaga angin luar pesisir Vietnam dalam menjana elektrik bersih merentasi sempadan melalui kabel dasar laut dan disambungkan ke grid nasional di Semenanjung Malaysia.
Langkah ini sekaligus tidak sekadar menyokong agenda nyahkarbon serantau yang bertujuan sediakan bekalan elektrik stabil, rendah karbon tetapi turut perkukuhkan kerjasama tenaga serantau.