Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menyaksikan penawaran sokongan baharu dari kerajaan – berikutan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dijangka akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025 ini.
Makluman Menteri Kewangan II Amir Hamzah yang dikongsi pada sidang Akauntan Antarabangsa 2025 ini menjelaskan langkah itu kekal diteruskan sebagaimana yang dirancang – ketika ini tumpuan semakan adalah untuk mengenalpasti kumpulan yang layak menerima insentif tersebut serta kumpulan yang tidak layak.
Langkah itu bermakna, semakan berhubung pelaksanaan subsidi RON95 kekal diteruskan Kementerian Kewangan (MOF) dan akan dikongsikan kepada umum kelak sekiranya telah mendapat keputusan menyeluruh bersama Kabinet.
Sementara berhubung saluran kumpulan yang layak, masih tiada gambaran penuh akan pendekatan mana yang akan digunakan oleh kerajaan Malaysia. Sebelum ini terdapat pertimbangan penggunaan MyKad dan dompet digital di pasaran Malaysia.