AEON Bank kini memaklumkan semua penggunanya yang memiliki kad debit kini boleh laksana pengeluaran wang tunai tanpa caj di semua ATM MEPS di seluruh Malaysia. Penawaran ini untuk makluman tersedia sehingga 31 Disember 2025 kelak.
Langkah promosi ini untuk makluman adalah selari dengan sambutan ulang tahun pertama AEON Bank sejak dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 26 Mei 2024. Menerusi kemasukan mereka ke Malaysia, ini menjadikan ia bank digital patuh syariah pertama di pasaran negara.
Selain promosi itu, bersempena ulang tahun pertama AEON Bank turut laksana kerjasama dengan ZUS Coffee dengan pemberian ganjaran diskaun pembelian kepada pengguna bagi setiap transaksi menerusi kad debit. Adanya ganjaran sedemikian, ini tidak sekadar meningkatkan penjimatan kos pengguna bahkan turut menggalakkan lebih ramai berbelanja bersama AEON Bank!