Artikel

MEF: Prestasi, Kemahiran Perlu Diutamakan Jika Pilihan Pencen Cecah Usia 65 Tahun

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melihat cadangan menaikkan usia persaraan wajib kepada 65 tahun perlu dilaksanakan secara terbuka dan disesuaikan mengikut keperluan sektor ekonomi. Iaitu dengan mengutamakan prestasi dan kemahiran.

Kumpulan majikan ini tidak menolak usul tersebut tetapi menjelaskan pertimbangan tersebut perlu fleksibel susulan tidak semua kategori pekerjaan memerlukan had umur pekerja sedemikian. Khususnya kategori pekerjaan yang menuntut tenaga fizikal.

Biarpun cadangan ini dibentuk untuk mengimbangi peningkatan populasi tua di Malaysia kelak, perlu diingatkan – lanjutan usia persaraan wajib membawa erti lebih ramai pekerja muda akan berdepan isu pengangguran berikutan potensi peluang pekerjaan yang terhad. Maka perihal ini wajar diimbangi dengan penciptaan peluang pekerjaan yang lebih tinggi bersama pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.