Berikutan penglibatan dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB, yang memperlihatkan dana negara Malaysia kehilangan berbilion dolar – sebuah bank swasta Edmond de Rothschild kini dikenakan denda sebanyak €25 juta menyamai RM120 juta.
Pengenaan denda ini menurut notis rasmi mahkamah menjadikan ia institusi perbankan pertama di Luxembourg yang disabitkan kesalahan tersebut setelah mendapati kumpulan ini terlibat bersama skandal 1MDB.
Berdasarkan penjelasan lanjut, pada siasatan didapati berpuluh akaun telah dibuka oleh seorang warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas nama pelbagai syarikat untuk mengalihkan wang dari dana tersebut di bawah institusi perbankan ini.