Artikel

Malaysia Sasar Wujudkan 10,000 Stesen Pengecas EV – Menjelang Akhir 2025 

Malaysia terus optimis dalam merealisasikan infratruktur kenderaan elektik (EV), iaitu memiliki 10,000 unit pengecasan EV di seluruh negara menjelang akhir 2025. Ketika ini difahamkan terdapat 3,171 unit pengecas EV telahpun tersedia pada ekosistem pengangkutan negara.

Biarpun pertambahan itu memberi gambaran permintaan EV di Malaysia semakin positif namun Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akui masih terdapat cabaran yang perlu diteliti penyelesaiannya dalam arena EV ini. Antaranya permintaan ke atas pengecas arus terus (DC) dilihat lebih tinggi berbanding pengecas arus berulang (AC).

Keperluan ini dilihat menuntut kerjasama yang lebih baik dengan pihak industri yang lain. Dengan usaha itu ia akan memberi jaminan berhubung ketersediaan pengecasan yang mencukupi di persekitaran utama seperti lebh raya, luar bandar.