Pentadbiran Donald Trump kini mengambil langkah agresif apabila bertindak menggantungkan kelayakan Universiti Harvard dari menerima pelajar antarabangsa.
Situasi ini sekaligus mewujudkan ketegangan antara sektor pendidikan bersama dasar kerajaan berhubung hak kebebasan institusi Ivy League itu.
Makluman di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) ini menjelaskan kelayakan Univeriti Harvard untuk pensijilan Program Pelajar dan Pengunjung Pertukaran (SEVP) telahpun ditarik balik serta-merta.
Ini bermakna Universiti Harvard tidak lagi boleh menerima pelajar antarabangsa. Sementara pelajar antarabangsa sedia ada dimaklumkan perlu berpindah ke universiti yang lain sekiranya tidak ingin kehilangan status sah pas pelajar di negara tersebut.