Artikel

Khidmat ETS, KTM Komuter Lembah Klang Akan Alami Kelewatan Sehingga 50 Minit – Pada 24-26 Mei Ini

KTM Berhad kini memaklumkan bermula 24 Mei sehingga 26 Mei ini, pihaknya akan laksana kerja menaik-taraf sistem semboyan antara Stesen Kepon hingga Salak Selatan. Tindakan ini sekaligus akan membawa kepada perubahan jadual perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim. 

Maka berdasarkan makluman itu, khidmat KTM Komuter dan ETS dijangka akan berdepan gangugan iaitu alami kelewatan sehingga 50 minit. 

Pada makluman tersebut, semua penumpang dinasihatkan untuk menyemak jadual perjalanan anda menerusi aplikasi KTMB di MyRailtime serta peka terhadap sebarang pengumuman perubahan platform dan perkhidmatan di stesen. Dengan notis ini, diharap semua pengguna peka akan perubahan berlaku dan mengambil langkah awal untuk memastikan tidak berdepan sebarang gangguan perjalanan.