Selepas Amerika Syarikat (AS) dengan kedudukan pertama, Australia (2), Qatar (3) dan Rusia (4) – Malaysia terus mengekalkan kedudukan negara selaku pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2024.
Dapatan di bawah laporan World LNG 2025 kali ke-16 ini menjelaskan jumlah eksport LNG Malaysia pada tahun lalu telah merekodkan sebanyak 27.73 juta tan (MT) iaitu membentuk sekitar 6.74% daripada jumlah LNG yang didagangkan di pasaran dunia.
Rekod ini untuk makluman memaparkan peningkatan pada aliran eksport LNG berbanding tahun 2023 sekitar 26.75 MT.

Tidak hanya itu, Malaysia menjadi negara ke-4 yang miliki kapasiti pencecairan terbesar yang beroperasi pada 32 MTPA kalangan 22 pasaran global yang mengendalikan kemudahan eksport LNG. Kedudukan ini sekaligus turut mengiktiraf peranan negara pada pasaran dunia.
