Artikel

Inflasi Malaysia Kekal 1.4% – Namun Kos Makanan Terus Meningkat Di Semua Negeri

Inflasi Malaysia kini dilihat terus mereda apabila memaparkan peningkatan yang lebih perlahan kepada 1.4% bagi rekod April 2025 di bawah keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP).

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan peningkatan itu didorong oleh peningkatan bagi kumpulan Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan, 4.1% (Mac 2025: 3.6%), diikuti oleh Pendidikan, 2.3% (Mac 2025: 2.2%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain, 2.0% (Mac 2025: 1.9%).

Tetapi segmen selanjutnya memaparkan peningkatan yang lebih perlahan, ia meliputi kumpulan Makanan & Minuman, 2.3% (Mac 2025: 2.5%) Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, 1.3% (Mac 2025: 1.7%) Kesihatan, 0.9% (Mac 2025: 1.0%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah, 0.1% (Mac 2025: 0.2%).

Sementara mengikut taburan negeri pula, kesemua negeri kekal memaparkan peningkatan inflasi Makanan dan Minuman dengan 4 negeri merekodkan paras inflasi menyeluruh lebihi paras nasional iaitu Johor (2.2%), Negeri Sembilan (1.7%), Selangor (1.7%) dan Melaka (1.6%).