Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan illustrasi rekaan terkini Lesen Memandu Malaysia (LMM) buat pengguna negara.
Pengenalan rekaan ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan- di mana versi ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian serta timdakan pemalsuan kad. Lebih menarik, ia memiliki daya tahan penggunaan untuk tempoh maksima 10 tahun.
Namun buat masa ini cetakan fizikal kad LMM versi terkini hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara dan bukan warganegara sahaja serta dimaklumkan pengagihannya akan dilaksana secara berperingkat bermula hari ini.
Berbalik kepada rekaan baharu ini, para pengguna kelak akan meraih kad LMM berwarna rona merah lembut dengan terdapatnya pemaparan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan kad. Sementara bahagian belakang kad pula akan perlihatkan paparan Istana Negara bersama motif abstrak flora.
