Bertindak balas dengan saranan kerajaan Malaysia, dengan memberi galakan kepada penjawat awam untuk laksana inisiatif Bekerja Dari Rumah (BDR) berikutan penutupan jalan bersempena sidang kemuncak ASEAN akhir minggu ini – WORQ kini menawarkan pas harian percuma buat kumpulan pekerja terlibat di seluruh cawangan coworking mereka di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Ini kerana penutupan jalan melibatkan laluan 6 lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang sekaligus akan menjejaskan rutin pekerja awam dan swasta untuk keluar bertugas. Maka memahami isu kesesakan trafik dan kerugian masa akan memberi kesan pada tahap produktiviti pekerja, maka insiaitif WORQ ini dapat dijadikan sebagai alternatif buat semua pekerja terlibat.
Pas ini dimaklumkan tersedia hanya pada 26 Mei dan 27 Mei, serta boleh ditebus secara atas talian. Namun begitu, penawaran ini hanya terhad untuk 20 pas sehari sahaja. Ini bermakna, penawaran adalah terhad dan terbuka kepada mereka yang pantas menebusnya dengan promo kod ASEANDAYPASS di laman WORQ.
Ini 10 cawangan WORQ yang boleh dikunjungi kumpulan pekerja untuk menikmati pas ruang bekerja percuma:
- WORQ TTDI (Glo Damansara)
- WORQ Subang (UOA Business Park)
- WORQ Bangsar South (KL Gateway Mall)
- WORQ Mutiara Damansara (Surian Tower)
- WORQ KL Sentral (Menara 1 Sentrum)
- WORQ Pulau Perhentian (Alunan Resort)
- WORQ Sunway Putra
