Petronas kini sedang laksana rundingan bersama Pertamina, syarikat minyak Indonesia dan TotalEnergies, kumpulan tenaga Perancis dalam membentuk kerjasama membangunkan blok minyak Bobara di Indonesia.
Laporan Reuters itu menjelaskan rundingan tersebut telahpun dimulakan sejak tahun lalu namun tiada sebarang keputusan dicapai menerusi perjanjian rasmi. Namun difahamkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk blok Bobara ini telah ditandatangani pada tahun lalu.
Berdasarkan pengamatan, blok tersebut dianggarkan memiliki 6.8 bilion tong minyak dan jika kesepakatan ini dicapai ia akan menjadi projek perairan dalam pertama Petronas di Indonesia selaku pengendali.