Prestasi suku ketiga tahun ini memperlihatkan Eco-Shop mencapai persembahan terbaik apabila keuntungan bersihnya melonjak kepada RM61.72 juta berbanding RM42.57 juta pada tempoh yang sama pada 2024.
Lebih menarik perolehan hasil juga turut melonjak 17.2% kepada RM736.35 juta berbanding RM628.41 juta pada tahun lalu. Keuntungan ini dicapai hasil perluasan 26 cawangan yang dilaksanakan pada tahun ini. Dengan pembukaan tersebut ia menjadikan Eco-Shop memiliki sebanyak 349 kedai pada suku ketiga tahun ini.
Manakala prestasi untuk 9 bulan pertama tahun ini pula secara jelas memaparkan kumpulan berjaya meraih keuntungan bersih kepada RM154.91 juta bersama pendapatan meningkat kepada RM2.10 bilion.
Biarpun berpuas hati dengan pertumbuhan operasi itu, Eco-Shop pada makluman Bursa akui pihaknya kekal melaksanakan langkah pemantauan pada tekanan kos operasi. Antaranya risiko kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Julaii 2025 ini.