Kerajaan Malaysia kini disaran pertimbang pelarasan semula had usia persaraan di pasaran negara daripada 60 tahun kepada 65 tahun susulan tenaga kerja kumpulan ini dilihat masih lagi aktif seperti sebilangan pasaran negara lain.
Perihal ini jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said turut dilaksanakan oleh beberapa negara lain malah institusi kehakiman di Malaysia turut melaksanakan had usia persaraan tersebut berbanding peringkat kebangsaan yang ditetapkan pada 60 tahun.
Malah penelitian semula dilihat wajar susulan jangka hayat individu di Malaysia ketika ini adalah sekitar 75 tahun ke atas. Yang membawa erti populasi tua di negara semakin meningkat, dan dianggarkan meraih status negara tua menjelang tahun 2043. Perihal ini menuntut lebih banyak akses dilaksanakan untuk menampung isu tersebut, antaranya adalah meningkatkan kembali had persaraan di Malaysia.
Lebih membimbangkan, menurut data firma perundingan pencel global D3P – had usia bersara di Malaysia adalah menjadi antara terendah di pasaran dunia bahkan di peringkat serantau. Keadaan itu akan memberi kesan kepada pasaran ekonomi ketika peningkatan populasi menua di negara semakin berkembang kelak.