Bersempena sidang kemucak ASEAN minggu hadapan, semua pihak sedia maklum akan berlakunya penutupan jalan secara berperingkat melibatkan 6 lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang – menyedari kesulitan itu Rapid KL kini memaklumkan operasi tren dan bas akan dilanjutkan pada waktu puncak dan kekerapan semua laluan tren akan dipertingkatkan bagi menampung bilangan penumpang yang dijangka bertambah pada tempoh persidangan tersebut.
Pelaksanaan ini menurut Rapid KL akan dimulakan pada 23 Mei 2025 sehingga 28 Mei 2025.
Bagi memastikan para pengguna terus peka akan operasi yang dilaksanakan, boleh merujuk pada jadual di bawah:


Biarpun khidmat operasi akan dipertingkatkan namun Rapid KL kekal memberi peringatan bahawa akan terdapatnya isu kelewatan khususnya melibatkan khidmat bas dan Rapid KL On-Demand susulan tindakan penutupan jalan. Ini antara laluan yang berpotensi berdepan isu tersebut:
- Laluan 402 (LRT Titiwangsa-LRT Maluri)
- Laluan 302 (LRT Titiwangsa-KLCC)
- Laluan 300 (Hab Pandan Indah-Lebuh Ampang)
- Laluan 303 (Taman Mulia Jaya-Lebuh Ampang)
- Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa-Chow Kit)