Artikel

Hampir 1,900 Syarikat GLC, Agensi Kerajaan Perlu Kembalikan Semula Dana Awam Yang Tiris

Sejumlah 1,875 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini didapati terlibat dalam ketirisan dana awam , dimaklumkan perlu memulangkan semula dana tersebut. 

Perihal ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) yang bertindak mengesan ketirisan berlaku. Di mana pengutipan semula dana tersebut akan didasari pada penyata kewangan negeri atau penyata kewangan Kerajaan Persekutuan.

Malah untuk memastikan tindakan susulan ini dipenuhi oleh pihak terlibat. Jabatan Audit Negara (JAN) telah meluaskan usaha dengan penerapan tinjauan audit secara digital. Difahamkan ketika ini pihaknya sedang menjalani proses pendigitalan di mana hampir semua urusan audit kini dijalankan secara digital terutamanya audit melibatkan syarikat.

Dengan penerokaan itu, ia dijangka lebih memudahkan JAN untuk mengesan isu penipuan pada pelaporan audit semasa. Tidak sekadar ingin memanfaatkan akses ditahap itu sahaja, JAN turut memaklumkan pihaknya bersedia meneliti cadangan mewujudkan pangkalan data secara bersama buat kemudahan semua pihak. Namun langkah itu perlu didasari perlembangaan negara susulan JAN tertakluk di bawah kapasiti akta audit negara.