Tidak sekadar pelajar lepasan sekolah, tetapi kumpulan dewasa termasuk pekerja turut berpeluang melanjutkan pelajaran secara percuma bagi pengajian ijazah pertama secara penuh di bawah inisiatif Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak menjelang 2026.
Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang Hari Pekerja Sarawak 2025, inisiatif ini tidak hanya menyasarkan pelajar lepasan sekolah tetapi juga dibuka peluang buat golongan pekerja yang sebelum ini bertindak menangguhkan impian pengajian mereka kesan kekangan wang.
Maka dengan akses ini, ia akan membantu kumpulan pekerja untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka bersama keperluan kemahiran mengikut pasaran semasa.
Akan tetapi perlu diingatkan, kriteria utama untuk kelayakan program adalah status âKâ iaitu rakyat Sarawak yang sah dan pengajian mesti dijalankan secara sepenuh masa di kampus fizikal institusi milik Kerajaan Sarawak.