Lapangan Terbang Changi, Singapura kini telah memulakan projek mega pembinaan Terminal 5 (T5) secara rasminya pada minggu ini. Menerusi pembinaan Terminal 5 itu, dijangka ia akan meningkatkan lagi kapasiti semasa lapangan terbang Changi kepada lebih 50%.
Berdasarkan pelaksanaan itu, Singapura menjangkakan T5 berupaya beroperasi menjelang pertengahan 2030-an kelak.
Dengan penambahan terminal ini, T5 akan menjadi pangkalan baharu buat Singapore Airlines Group (SIA) yang ketika ini beroperasi di tiga terminal bersama syarikat penerbangan tambang rendah Scoot. Malah akan terdapat hab pengangkutan darat khas yang akan menghubungkan pengguna dengan pilihan pengangkutan seperti tren MRT Thomson-ECL, kereta, teki dan bas. Tidak hanya itu T5 turut memiliki akses ke terminal Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Woodlands North.
Untuk makluman umum, dengan perluasan terminal ini ia sekaligus akan meningkatkan lagi kecekapan Lapangan Terbang Changi yang ketika ini sekalu hab antarabangsa ke-4 tersibuk di dunia – bersama jumlah pergerakan penumpang secara tahunan mencapai 68.4 juta setakat Mac 2025 lalu.
