Artikel

Luno Menambah Dompet Staking Ke-6, ATOM – Bersama Pulangan Sehingga 18% Setahun

Luno, bursa aset digital dibawah kawal selia Malaysia kini memaklumkan penambahan staking keenam iaitu Cosmos (ATOM) di aplikasi mereka buat pelabur Malaysia. Pada pengenalan ini, para pelabur dimaklumkan berpeluang menerima ganjaran sehingga 18% setahun!

Perihal itu boleh diraih sekiranya pelabur mula melakukan staking ATOM sebelum 16 Jun ini. Menerusi penawaran itu, Luno memaklumkan, ATOM menjadi ganjaran tertinggi antara 6 aset digital yang tersedia untuk staking.

Menerusi ciri staking, ia membolehkan pelabur untuk kembangkan pegangan adet digital mereka dengan lebih cepat dalam suatu jangka masa – namun perlu diingatkan harga kriptowang adalah tidak tetap dan sebarang naik turun harga berupaya membawa kesan kepada perolehan untung kelak.

Dan diingatkan setakat ini hanya staking aset digital Ethereum (ETH) sahaja yang dikategorikan patuh syariah. Sementara 5 aset digital lain masih tidak mematuhi piawaian tersebut termasuklah ATOM. Susulan itu, sebarang tindakan pelaburan staking adalah di bawah tanggunjawab pelabur Malaysia.

Secara menyeluruh, untuk pelabur lebih memahami akan penawaran ganjaran tahunan – semua pihak boleh merujuk pada jadual Luno di bawah: