Artikel

SC Dan Sekuriti Antarabangsa Kini Bekerjasama Tingkatkan Pelindungan Pelabur, Perkukuh Integriti Pasaran

Untuk terus menangkis sebarang risiko sekuriti di pasaran – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersama Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) kini telah mencapai kerjasama melalui Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala Dipertingkatkan (EMMoU). 

Inisiatif tidak sekadar mengukuhkan integriti pasaran semasa tetapi turut membantu meningkatkan tahap pelindungan ke atas kumpulan pelabur.

Adanya kesepakatan ini ia sekaligus akan memanfaatkan kedua pihak dalam segala bentuk bantuan rentas sempadan – khususnya dalam tindakan penyiasatan, penguatkuasaan dan pengawalseliaan pasaran kewangan.

Buat pengetahuan umum, kerjasama ini telah dicapai menerusi Mesyuarat Tahunan IOSCO yang berlangsung pada minggu ini di Doha, Qatar.