Artikel

GXBank Umum Peralihan Pimpinan – Kaushik Chowdhury Dilantik Selaku CEO Mulai Jun Ini

GXBank, bank digital pertama di Malaysia, kini mengumumkan akan berlakunya perubahan pada pimpinan pengurusan kanan operasi. Di mana Pei-Si Lai yang ketika ini memikul tanggungjawab selaku CEO akan mengambil peranan CEO Kumpulan GXS Bank berkuat kuasa 1 Jun 2025 kelak.

Peralihan ini bagi menggantikan peranan yang sebelum ini dikendalikan oleh Muthukrishan Ramaswami yang dimaklumkan akan bersara sebelum tempoh tersebut.

Susulan peralihan tanggungjawab itu, peranan CEO GXBank akan beralih kepada Kaushik Chowdhury yang ketika ini merupakan Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Komersial, diikuti Hildah Hamzah pula dilantik selaku Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Operasi GXBank Malaysia.

Dengan peralihan peranan tersebut, GXBank optimis operasi terus melakar lebih banyak kejayaan pada pasaran Malaysia. Setakat ini lebih 1 juta pengguna telah berjaya direkodkan GXBank dalam tempoh setahun mereka beroperasi di Malaysia.