Artikel

MOF Dan 3 Bank Tempatan Akan Raih Kepentingan Besar Dalam Sapura Energy – Selepas Penstrukturan Semula

Sapura Energy, kontraktor minyak dan gas huluan pada perkongsian notis aliran operasi mereka kini mendedahkan cadangan penstrukturan semula operasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Pelan ini dilihat berupaya meletakkan Kementerian Kewangan (MOF) selaku pemegang kepentingan sehingga 33% dalam syarikat susulan suntikan modal RM1.1 bilion yang dilaksankan pada Mac lalu.

Sebagai penjelasan MOF menerusi Malaysia Development Holding (MDH) pada Mac lalu telahpun melanggan saham pinjaman boleh tukar (RCLS) bernilai RM1.1 bilion dalam Sapura Energy untuk membantu kumpulan membayar semula hutang kepada vendor mereka.

Susulan tindakan itu MDH akan menjadi pemegang saham utama setelah penukaran penuh RCLS dicapai – ini akan perlihatkan MDH memegang lebih 33% daripada modal saham Sapura Energy.

Selaih MOF, terdapat tiga bank tempatan akan meraih peningkatan pegangan ianya adalah Maybank Islamic (16.31%), CIMB Bank (7.37%) dan RHB Islamic (5.8%).