Artikel

Alami Penjimatan Sehingga 10% Percutian Guna GrabUnlimited Di Trip.com

Untuk mereka yang gemar melancong, tidak kiralah atas faktor tugasan kerja mahupun percutian sebenar – pastinya perkara penting yang akan diteliti oleh pengguna adalah bagaimana untuk mengurus perbelanjaan anda pada tahap yang berbaloi bersama penawaran penjimatan yang boleh dimanfaatkan.

Memahami keperluan itu, kini anda boleh mengatur perbelanjaan dengan penjimatan berganda menerusi kerjasama antara Grab dan Trip.com! Iaitu dengan menikmati tawaran penjimatan di bawah langganan GrabUnlimited, yang menyediakan pelbagai diskaun eksklusif menarik tanpa had dan lebih menarik tanpa syarat yang merumitkan.

Tawaran Eksklusif Ini Tersedia Sehingga September 2026!

Dengan melanggan GrabUnlimited, pengguna berpeluang menikmati penjimatan yang signifikan dalam setiap perjalanan anda. Antaranya adalah meraih diskaun 8% untuk harga tiket penerbangan yang lebih rendah serta diskaun 10% bagi penginapan hotel.

Buat pengetahuan umum, tawaran ini telahpun bermula sejak Mac 2025 lalu dan kekal tersedia sehingga September 2026 kelak. Lebih menguntungkanpromosi ini boleh digunakan di kesemua enam pasaran utama Trip.com, sesuai untuk perjalanan domestik mahupun antarabangsa.

Tiada Syarat Tersembunyi

Lupakan promosi dengan pelbagai peraturan yang menyusahkan. Dengan GrabUnlimited, diskaun diberikan secara automatik sebaik sahaja anda membuat tempahan melalui platform Trip.com. Prosesnya mudah, cepat, dan tanpa kerumitan.

Atur Perjalanan Lebih Mudah

Semua keperluan perjalanan anda kini tersedia dalam satu platform – Trip.com. Bandingkan harga penerbangan dan hotel dengan mudah, dan nikmati diskaun GrabUnlimited secara langsung. Ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah turut menjimatkan masa dan tenaga anda.

Kerjasama antara Grab dan Trip.com adalah peluang keemasan bagi pengguna GrabUnlimited untuk merancang perjalanan dengan lebih bijak dan menjimatkan. Diskaun sehingga 10% tanpa had dan syarat minimum adalah tawaran yang sukar dilepaskan. Tambahan pula, kemudahan menempah semuanya dalam satu platform menjadikan pengalaman merancang percutian atau perjalanan kerja anda lebih cekap.

Penafian: Advertorial dari Grab