Kumpulan pembayar cukai kini diingatkan untuk segera melunaskan tanggungjawab percukaian anda dengan mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 menerusi sistem e-Filing.
Ini berikutan tarikh akhir mengemukakan borang nyata cukai tersebut pada e-filing adalah 15 Mei 2025 ini.

Peringatan mesra ini bertujuan untuk mengelakkan kumpulan pembayar cukai berkaitan dari berdepan sebarang pengenaan penalti.
Maka bagi rujukan lanjut, semua pengguna boleh layari pautan Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2025 dan diingatkan mengemaskini maklumat diri serta info perbankan yang aktif bagi memastikan proses pembayaran cukai berjalan lancar.
