Bermula awal Mei lalu, aplikasi Air Selangor 2.0 kini telah ditambah-baik buat akses pengguna – di mana seramai 9.62 juta penggunanya boleh membuat aduan kebocoran paip secara digital menerusi aplikasi.
Akses tersebut dijelaskan telah tersedia di bawah ciri Laporan Kebocoran yang meluaskan akses pengguna meliputi isu paip bocor, paip pecah, meter rosak serta jika berlakunya sambungan secara haram.
Usaha ini secara langsung bertujuan mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) serta pastikan pengurusan air yang lebih cekap dapat dicapai secara berkala. Tidak hanya itu, aplikasi juga turut menerapkan ciri petunjuk penggunaan air menerusi Liter per Kapita Sehari (LCD) – yang akan membantu pengguna lebih memahami akan pengurusan penggunaan air secara harian.