Bersempena sidang Kemuncak ASEAN yang bakal dilaksanakan pada akhir Mei ini, terdapat pelbagai pertimbangan kerjasama akan diperlihatkan – antaranya adalah mencadangkan akses visa perniagaan dan visa kerja siswazah diwujudkan bagi memudahkan bakat rantau ini diperluaskan secara fleksibel antara pasaran.
Cadangan itu menurut Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC) akan dikemukakan bagi membolehkan pekerja syarikat Asean yang diluluskan untuk bertugas di mana-mana pasaran negara blok ini. Manakala visa kerja siswazah pula akan membolehkan bakat muda untuk menetap di negara terpilih dalam beberapa tempoh setelah menamatkan pengajian tinggi mereka.
Usaha ini antara lain akan membantu mengerakkan pertumbuhan ekonomi ASEAN secara bersama dengan perkongsian pekerja mahir di pasaran.
Setakat ini, Malaysia telahpun menawarkan pas siswazah yang membolehkan pelajar antarabangsa dari 23 buah negara untuk menetap selama 1 tahun setelah tamat pengajian. Kemudahan itu dilihat wajar diperluas dengan penyediaan visa kepada pelajar dan perniagaan ASEAN.