Bagi meningkatkan lagi akses perolehan sokongan ubatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kelak akan memulakan projek rintis menghantar ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar dan pendalaman mulai suku keempat kelak.
Pelaksanaan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan MRANTI ini akan dilancarkan bersama Klinik Kesihatan terpilih di lokasi berkaitan. Inisiatif ini penting untuk perluaskan akses ubat kepada komuniti yang sukar meraih keperluan tersebut – ia merangkumi kawasan pulau, pedalaman dan lokasi yang tidak memiliki infrastruktur jalan yang baik.
Untuk fasa pertama, projek rintis ini antaranya akan melibatkan penghantaran ubat NADI di Tawau dan diperluaskan di lokasi seluruh negara pada 2026 dan 2027.