Amerika Syarikat (AS) dan China kini telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan tarif dua hala buat sementara waktu selama 90 hari, bagi meredakan ketegangan perang tarif import ke atas kedua negara.
Perihal ini menurut notis White House dicapai hasil rundingan kedua perdagangan di Geneva. Langkah ini mewujudkan peluang penting untuk memulakan semula rundingan yang terhenti dan mengurangkan kesan ekonomi yang lebih luas.
Jelas Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata kedua-dua pihak akan mengurangkan tarif sebanyak 115% mulai hari Rabu ini. Ia bermakna tarif AS ke atas import China akan jatuh kepada 30%, manakala tarif China ke atas barangan AS akan jatuh kepada 10%.
Difahamkan rundingan selanjutnya akan disambung semula di bawah rangka kerja dua hala baharu yang dipimpin oleh He Lifeng, wakil China, bersama Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Wakil Dagangan Jamieson Greer.