Artikel

Bill Gates Mahu Derma Kekayaannya $200 Bilion Dalam Tempoh 20 Tahun – Bantu Golongan Miskin

Bill Gates, pengasas bersama Microsoft kini miliki hasrat untuk menderma hampir keseluruhan kekayaannya bernilai $200 bilion bagi membantu golongan miskin global dalam tempoh 20 tahun.

Hasrat ini menurut laporan Reuters, akan disalurkan melalui Yayasan Bill & Melinda Gates. Di mana setelah melaksanakan pembahagian tersebut, pihaknya merancang untuk menutup operasi yayasan tersebut sepenuhnya pada akhir Disember 2045.

Gates percaya langkah itu tidak membantu meringankan bebanan kumpulan miskin bahkan turut membantu dalam aspek perubatan antaranya membasmi penyakit seperti polio dan malaria. Usaha ini sekaligus akan membantu melandaikan rekod kematian susulan kesan penyakit tersebut.

Malah Gates juga mengajak golongan kaya yang lain untuk turut melakukan sumbangan kebajikan bersama masyarakat dunia. Perihal ini tidak sekadar mengurangkan isu kemiskinan semasa tetapi turut membantu melandaikan peningkatan krisis di masa hadapan.