Cabang khidmat kewangan digital di bawah syarikat induk Shopee Sea Limited – iaitu SeaMoney kini telah dijenamakan semula kepada Monee. Perihal itu dimaklumkan susulan pembukaan ibu pejabat baharunya di Singapura yang dirasmikan semalam (8 Mei).
Penjenamaan semula ini menurut Sea adalah bertujuan meningkatkan kembali cabang kewangan digital di bawah operasi. Pemilihan nama Monee yang seerti money adalah santai dan ringkas sebagaimana pemilihan Sea. Ia lebih mudah disebut dan diingati oleh semua pihak.
Menerusi perasmian ibu pejabat di Rochester Commons ini Sea menjelaskan bangunan ini memiliki keluasan lebih 200,000 kaki persegi dengan 10 tingkat bahagian di dalamya. Jelas Sea, ibu pejabat baharu ini berupaya menampung lebih 1,000 petugas kewangan digital.