Artikel

Maybank Maklum Sebilangan Perkhidmatan Akan Tergendala Seketika – Pada 10 Mei Dan 17 Mei Ini

Untuk memastikan sistem perbankan terus ditambahbaik, Maybank memaklumkan aktiviti penyelenggaraan sistem perkhidmatan mereka akan dilaksanakan pada tempoh tertentu pada 10 Mei dan 17 Mei ini. Ia bermakna sebilangan perkhidmatan Maybank akan berdepan gangguan buat sementara waktu.

Antara perkhidmatan yang terkesan adalah perkhidmatan ATM – yang akan tergendala pada jam 12.00 pagi sehingga jam 8.00 pagi pada tarikh 10 Mei dan 17 Mei.

Sementara perkhidmatan seperti transaksi melalui DuitNow, JomPay, Interbank GIRO, FPX dan Debit melalui saluran laman Maybank2u, MAE, dan Maybank2u Biz pula akan berdepan gangguan pada jam 3.00 pagi sehingga 8.00 pagi pada tarikh 10 Mei dan 17 Mei ini.

Menerusi penjelasan itu, diharap semua pengguna Maybank mengambil pendekatan yang lebih baik untuk memastikan urus-niaga transaksi anda tidak terganggu.