Artikel

SKMM Kaji Penggunaan Pos, Kurier Di Malaysia – Bagi Menambahbaik Mutu Perkhidmatan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sedang menjalankan Kaji Selidik Penggunaan Perkhidmatan Pos di Malaysia bagi mendapatkan maklum balas rakyat tentang keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan pos dan kurier di negara ini.

Kaji selidik yang dibuka sehingga 23 Mei, untuk makluman adalah sebahagian daripada inisiatif Kajian Dasar Strategik Sektor Pos bagi menyokong cadangan pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Pos 2012 (APP 2012), yang sedang diteliti oleh MCMC untuk pertimbangan pihak pentadbiran.

Pelaksanaan pindaan ke atas APP2012 ini bertujuan – memastikan rangkaian perkhidmatan pos dan kurier di Malaysia akan terus menjadi pilihan perkhidmatan yang memuaskan buat pengguna. Pindaan akta ini juga dapat melindungi dan memastikan kelestarian pemain industri tempatan yang berdepan cabaran akan persaingan semasa dan keperluan pengguna yang terus meningkat.

Adanya maklum-balas umum, usaha ini akan membantu pihak industri lebih memahami akan penkhidmatan pos yang relevan dengan keperluan semasa.

Untuk makluman umum, mengikut tinjauan DOSM – pertumbuhan industri pos dan kurier di Malaysia kini semakin membrangsangkan khususnya hasil penyertaan pengguna pada arena e-dagang. Di mana jumlah bungkusan telah alami peningkatan dari 52 juta pada 2015 kepada lebih 899 juga pada suku ketiga 2024. Maka adalah penting untuk industri pos dan kurier di Malaysia laksana penambahbaikan demi menampung permintaan yang semakin tinggi di pasaran tanpa menjejaskan kualiti bersama pengguna.