Artikel

BNM Umum OPR Kekal 3.00% – Tidak Berubah Selama 2 Tahun

Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini ditetapkan pada paras 3.00% – ia kekal sebagaimana yang diumumkan sejak Mei 2023 lalu. Ini bermakna sudah 2 tahun, Malaysia konsisten menetapkan paras OPR 3.00%.

Keputusan yang dicapai hasil semakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) ini didasari akan prestasi ekonomi negara yang membrangsangkan pada awal 2025 sebelum berdepan tekanan tarif Amerika Syarikat (AS).

Jelas BNM pelbagai aspek telah diteliti untuk memastikan keupayaan negara mengekalkan paras OPR ini. Secara amnya, prestasi ekonomi negara terus memperlihatkan pengukuhan dengan kadar pengangguran yang rendah, diimbangi pasaran domestik kukuh serta aliran perbelanjaan dalam negeri yang positif. Tidak sekadar itu aliran kemasukan pelaburan asing juga memaparkan galakkan serta sokongan kitaran teknologi yang membrangsangkan turut membantu Malaysia melandaikan tekanan krisis ekonomi global.

Biarpun pertumbuhan negara berdepan kesan kecil namun BNM kekal mengatur pemantuan berwaspada akan persekitaran ekonomi semasa. Susulan ketidakpastian berhubung pelarasan tarif import AS masih tiada keputusan muktamad. Tambahan sebarang perubahan berhubung pelarasan tersebut berpotensi mengubah penetapan dasar ekonomi pada pasaran lain.