Artikel

Penjawat Awam Terkesan Boleh Mohon Bekerja Dari Rumah – Ketika Sidang Kemuncak ASEAN

Selari dengan matlamat untuk menyediakan persekitaran pekerjaan yang baik – kerajaan kini membenarkan mana-mana penjawat awam untuk memohon bertugas dari rumah di bawah Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) – sekiranya terkesan susulan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan dilaksanakan pada bulan ini.

Notis Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini menjelaskan Ketua Jabatan akan diberi kuasa untuk pertimbangkan permohonan BDR bagi pegawai awam yang mungkin terkesan akan pelaksanaan acara rasmi tersebut. Ini meliputi kesan kesesakan aliran trafik ketika sidang tersebut. 

Buat pengetahuan umum dasar BDR ini telah diperuntukkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) yang bertujuan mewujudkan keseimbangan antaran agensi dalam memastikan tugas dan keperluan pegawai awam terlibat terjamin dan fleksibel.