Artikel

AS Tawar Bayar $1,000 Kepada PATI – Untuk Pindah Keluar Secara Sukarela

Amerika Syarikat (AS) kini menawarkan bayaran sekitar $1,000 (RM4,241) kepada kumpulan pendatang tanpa izin (PATI) yang bertindak secara sukarela untuk pindah keluar dari AS.

Perihal ini susulan setakat 2022, terdapat 11 juta orang PATI direkodkan pada pasaran AS. Dan jumlah ini dijangka terus meningkat sehingga tahun ini, yang secara langsung meningkatkan lagi kos pentadbiran AS bagi tindakan tahanan. Untuk makluman, secara purata AS menanggung kos tahanan dan pemindahan PATI melibatkan sekitar $17,121.

Maka menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS), perolehan tawaran itu akan diberi pada mana-mana pendatang yang melaporkan diri mereka pada aplikasi CBP Home. Menerusi pengesahan itu, proses penghantaran akan dilaksanakan pihak berkuasa tanpa mengenakan sebarang tindakan ke atas kumpulan pendatang terlibat.

Berikutan peningkatan kos tersebut, pentadbiran di bawah Presiden Donald Trump ini melihat pendekatan secara sukarela tersebut adalah efektif tanpa membebankan kumpulan yang terlibat. Malah di bawah penawaran program itu, AS memaklumkan mana-mana PATI yang terlibat akan dibenarkan kembali semula ke AS secara sah pada masa akan datang. Tindakan itu akan didasari berasaskan peluang pekerjaan yang tersedia di pasaran hadapan kelak.