Artikel

NTT DATA Melancarkan ADAPTIS, Penyelesaian Pembayaran Serantau – Di Mulakan Pada Pasaran Malaysia

NTT DATA Payment Services minggu lalu secara rasminya telah melancarkan ADAPTIS, sebuah rangkaian penyelesaian pembayaran bersepadu dan serba boleh yang direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan moden di seluruh Asia Tenggara. Apa yang menarik, pengenalan rangkaian ini mula dilancarkan di pasaran Malaysia!

Buat pengetahuan umum, pelancaran ADAPTIS adalah langkah strategik NTT DATA berikutan pemerolehan GHL Systems Bhd oleh NTT DATA Jepun pada tahun 2024, yang menjadikan syarikat ini sebagai anak syarikat milik penuh salah satu daripada sepuluh penyedia perkhidmatan IT global terkemuka.

Selaras dengan transformasi ini, syarikat secara rasmi telah dijenamakan semula sebagai NTT DATA Payment Services pada 13 November 2024, mencerminkan visi baharu mereka sambil mengekalkan piawaian perkhidmatan tinggi kalangan pemain usahawan dan perniagaan global.

Di bawah ADAPTIS, umum akan memperlihatkan 5 cabang akses buat kemudahan pemain perniagaan dengan penyelesaian pembayaran yang lebih cekap. Ini merangkumi ADAPTIS In-Store fokus pada transaksi runcit, ADAPTIS e-commerce bagi transaksi atas talian, ADAPTIS Financing fokus dana perkembangan perniagaan, ADAPTIS Enterprise tumpuan infrastruktur pembayaran berskala besar dan ADAPTIS VAS pula perkhidmatan tambahan yang mengoptimumkan operasi perniagaan.

Maka dengan akses sedemikian dan pengenalan sulungnya di Malaysia, rangkaian ini akan diperluas di rantau pasaran Asia Tenggara yang lain. Di mana akan diperkenalkan di Thailand dan Filipina pada akhir tahun ini, bagi mengukuhkan lagi komitmen NTT DATA Payment Services dalam menyediakan platform pembayaran di seluruh Asia Tenggara.