Artikel

MR DIY Untung RM174 Juta, Hasil Melonjak 10% Kepada RM1.26 Bilion – Bagi Suku Pertama 2025

MR DIY, pengendali rangkaian kelengkapan kediaman di pasaran Malaysia terus memaparkan prestasi yang baik apabila suku pertama 2025 – memaparkan peningkatan pada untung bersih sekitar RM174.15 juta.

Prestasi ini sekaligus turut menunjukkan hasil operasi kumpulan melonjak dengan lebih baik kepada RM1.26 bilion – hasil dorongan sumbangan positif akan perkembangan permintaan jualan.

Setakat ini kumpulan memiliki sejumlah 1,471 cawangan kedai susulan memperlihatkan penambahan cawangan baharu sebanyak 173 di seluruh negara. Perkembangan itu secara jelas mendorong kepada peningkatan jumlah urus niaga MR DIY sebanyak 9.1% kepada 48.2 juta secara tahunan.

Melihat pada permintaan yang positif ini, operasi optimis untuk menambah cawangan baharu melibatkan 190 kedai fizikal pada tahun 2025.