Syarikat rangkaian mudah alih U Mobile kelak dilihat akan merealisasikan matlamat tawaran awam permulaan (IPO) mereka yang dirangka sejak 2014 lalu apabila menyasarkan untuk menerbitkan nilai IPO sehingga RM12 bilion seawal tahun 2026.
Berdasarkan langkah itu, difahamkan CIMB Investment telahpun dilantik selaku penasihat penilaian dan permohonan untuk penjualan saham awamnya dijangka diserahkan kepada pengawal selia pada separuh kedua 2025 kelak.
Mengikut perancangan itu, maka draf prospektus syarikat berpotensi dilancarkan pada separuh kedua tahun ini, dan penyenaraian berkenaan dijangka dapat dilaksanakan pada akhir 2025 mahupun seawal 2026 ini.
Biarpun tindakan ini masih diperingkat awal – namun IPO U Mobile dilihat berupaya menjadi yang terbesar dalam sejarah 8 tahun. Ia bermakna lebih besar daripada 99 Speed Mart Retail Holdings Berhad pada September 2024, yang mengumpul RM2.36 bilion.