Bermula 26 Mei 2025 ini, Maybank memaklumkan pihaknya akan perkenalkan had transaksi harian bagi perkhidmatan tambah nilai. Makluman ini menurut notis rasmi Maybank adalah sebahagian daripada usaha perbankan untuk tingkatkan tahap keselamatan transaksi pengguna.
Seperti yang umum ketahui ketika ini had transaksi harian melibatkan Perkhidmatan Prabayar dan Kredit Permainan adalah sekitar RM200, kini para pengguna boleh meningkatkannya sehingga maksimum RM500 melalui laman web Maybank2u.
Maka bagi sebarang pelarasan naik had transaksi yang dilakukan perlu disahkan melalui Secure2u dan setelah itu para pengguna perlu melengkapkan tempoh bertenang selama 12 jam sebelum had baharu transaksi harian anda berkuat kuasa di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.
Ini bermakna selama tempoh bertenang 12 jam itu, pengguna hanya boleh membuat transaksi tambah nilai sehingga had semasa sahaja dan akan meraih had baharu setelah proses kemas-kini selesai menerusi pemberitahuan pada notifikasi dan emel di aplikasi MAE.