Seperti yang dirangka sejak November tahun lalu, Sarawak kini memaklumkan pelaksanaan penilaian khusus iaitu Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP) ke atas murid darjah 6 akan dilaksanakan pada Oktober kelak.
Penilaian bertaraf antarabangsa ini untuk makluman adalah dibangunkan bersama Cambridge University Press and Assessment (CUPA). Inisiatif ini adalah bertujuan mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar negeri. Tindakan ini penting sejajar dengan pertumbuhan pasaran semasa yang ketika ini semakin meluas pada sektor digitalisasi.
Untuk peringkat awal, langkah ini akan dimulakan dengan murid darjah 6 pada tahun 2025 seterusnya diikuti pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan pada tahun 2028.