Artikel

Capital A Teroka Penyenaraian Berganda Di Bursa Hong Kong – Pacu Pertumbuhan Operasi

Capital A hari ini mengumumkan secara aktif meneroka potensi untuk penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX), bagi meluaskan akses pasaran modal antarabangsa dalam persaingan semasa. Langkah ini bertujuan tidak sekadar mengukuhkan kembali prestasi pertumbuhan tetapi turut menambahbaik ekosistem khidmat digital dan penerbangan di bawah Capital A. 

Setakat ini Capital A telahpun melaksanakan pertemuan bersama peringkat tinggi HKEX dan berpotensi melantik sebuat bank pelaburan antarabangsa selaku penasihat akan strategik penyenaraian yang disasarkan. 

Dengan potensi penyenaraian HKEX, Capital A melihat ia sebagai langkah permulaan operasi induk untuk mengembalikan semula prestasi operasi. Buat pengetahuan umum, ketika ini proses penstrukturan semula sedang dilaksanakan bagi menamatkan status PN17, yang disasarkan tamat pada pertengahan Jun 2025 ini