Rakyat Malaysia perlu ketahui, bermula 1 Ogos kelak pemberian subsidi bagi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya pada pasaran semasa.
Makluman di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini merangkumi tindakan kawalan harga telur ayam – di mana bermula 1 Mei 2025 ini kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05.
Pemotongan subsidi ini adalah langkah sebelum pelaksanaan penamatan subsidi dijalankan secara menyeluruh.
Keputusan ini diambil berikutan pengeluaran telur ayam yang dilihat stabil, mencukupi dan terjamin pada pasaran semasa.