Malaysia kini menduduki tempat pertama di dunia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 daripada 198 negara dengan skor cemerlang 90/100.
Buat pengetahuan umum, penilaian di bawah ODIN ini mewakili penilaian global yang mengukur sejauh mana data rasmi sesebuah negara lengkap dan berkualiti serta memenuhi piawaian antarabangsa dari segi liputan dan keterbukaan.
Kedudukan ini untuk makluman telah memaparkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding tahun 2022 (67) dan tahun 2020 (78). Berdasarkan prestasi semasa ini, Malaysia turut mendahului Singapura, Finland, Denmark, dan Poland dalam pencapaian keseluruhan dan Malaysia turut mencapai skor keterbukaan sebanyak 99 mata.
Dengan prestasi ini, ia secara langsung memastikan data rasmi negara kekal lengkap, menepati keperluan dan mudah diakses oleh semua pengguna. Pemaparan ini akan membawa amalan tadbir urus yang lebih telus pada kemajuan di masa hadapan.